Informasi Semasa

Ramadan al-Mubarak

PKP dilanjutkan lagi untuk fasa keempat (29 April hingga 12 Mei 2020) seiring dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia. Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Pastinya suasana Ramadan kali ini berbeza daripada kebiasaan tetapi inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Berdoalah kita agar virus ini dapat ditangani dan dibendung daripada terus membelenggu kehidupan seharian rakyat Malaysia.

#stayathome #kitajagakita #malaysiaboleh

<< Go back to the previous page